Adakah adik-adik tahu bahawa kita mempunyai piramid makanan yang baharu iaitu Piramid Makanan Malaysia 2020 dan adakah anda tahu apakah perbezaannya dengan piramid makanan sebelum ini?
Untuk pengetahuan adik-adik, terdapat beberapa perubahan seperti:
- Penukaran aras kumpulan makanan dalam piramid.
- Setiap contoh makanan dipamerkan mengikut jumlah satu sajian.
- Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari.
Adik-adik boleh rujuk poster dibawah untuk memahami dengan lebih lanjut tentang perubahan yang ada pada Piramid Makanan 2020.
Penggunaan Piramid Makanan Malaysia 2020 ini dapat membantu kita semua dalam mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan hipertensi.
Comentarios